Saturday, May 19, 2012

diskriminasi @ pilih kasih??

assalamualaikum..
alhamdulillah aku dah semakin sihat, di beri aku kesempatan utk mengisi ruang diblog aku yg kosong ini,,
terima kasih pada yg sudi mendoakan kesihatan aku pada  n3 yg lalu..dan dikesempatan ini (tu ari x sempat nak wish)juga aku nak ucapkan selamat hari guru pada rakan blogger yg berkerjaya sebagai guru..moga kalian lbh bersemangat utk menabur bakti pada ank2 bangsa dgn rasa iklas dan t/jawab...

bercerita ttg hari guru, ank aku menceritakan pengalaman nya disekolah..
memberikan hadiah pada guru2 yang disayangi dan disenangi..ada plk guru yg mengajar dlm kelas x diberinya hadiah..pilih kasih ke tu?? nak plk memberi hadiah beramai2 dpn guru yg x dpt hadiah sedangkan guru tersebut pun mengajar dlm kelas yg sama jgk..

semua ni berpunca gara2 guru tersebut sering marah2 dan suka menggunakan kata2 yang x sedap di dengar..contohnya bodoh,bangang dan pekak..mengajar dlm keadaan yg sentiasa serius dan sering2 terjerit bila menerangkan sesuatu, amat TIDAK disenangi satu kelas!!

begitu jg bila bertembung di luar kelas, sentiasa serius, yang peliknya bila berada dlm kelas lain, dia boleh plk bergurau senda..dgr citer versi lain guru tersebut mintak menjadi guru kelas ank aku(kelas khas) tp guru lain lak yg dpt..tu sebabnya dia lepaskan rasa x puas hati dia pada murid2 kelas A..bayangkan sehingga murid dlm kelas pun x berani nak tanya apa yg dorang x faham, kesian murid2 kelas tu kan..jadi mangsa keadaan..spa nak jawab tu..

pada aku x sepatutnya pun murid2 dlm kelas tu buat mcm tu..apa salahnya bagi hadiah sama rata pada semua guru kan..mana tau guru tu tersentuh hati dia ..pas tu berubah lak karaktor dia nnt..aku pun bukanlah nak menyebelahi sesapa,cuma pada  pandangan aku seorang guru tu kenalah berhemah masa mengajar..buat ank2 murid sebagai rakan..zaman sekarang mmg jauh berbeza dgn dulu, pantang kene marah ckit ank2 murid suka memberontak..jangan kerana nila setitik nama guru lain lak turut tempiasnya..

ada sesapa nak kongsi x pandangan korang plk..

Tuesday, May 15, 2012

sakit tekak, selsema etc...

assalamualaikum..
hehe..dah 4 ari menyepi, bukan apa penat plus dpt selema..
ingatkan semalam nak ngadap lappy tp kepala mmg betul2 berat & larat..kebetulan semalam bby x dtg..
so dptlah berehat ckit memandang hanya sorang je ank asuh aku semalam..

ari sabtu ada tahlil & bacaan yasin umah MIL, pagi lg aku dah kesana..masak sume ank beranak je..belum hilang penat, ahad plk umah aku kat kg. isnin aku x berapa chat (ada sesapa kisah??hehehe..bajet betul lah aku ni)..alaa..monday mmg selalu lemaukan..

saja aku nak hupdet  kan diri buat  pengetahuan uolls..ouhcuuuummm!!.haah..x abis lg ni
ok..berundur dulu..wassalam..