Tuesday, October 16, 2012

sedang kan manusia pun berubah..


assalamualaikumm...

eh..eh..apa kena mengena tajuk kat atas tu ngan gambo pokok ni erk?? ada ckit kot..




ni gambo pokok buah mata kucing kat depan umah aku..suatu ketika dulu mmg lebat buahnya..besar dan manis sangat rasanya..jiran2 aku yg pelbagai kaum pun dpt merasa , tp tu dulu..sekarang pokok ni dah semakin tinggi dan rendang..(dah sampai masa nak kene cantas balik) tapi buahnya plk tak selebat daunnya yg melambai2..klu dulu setiap petang aku duk menyapu hari2 bwh pokok ni..sekarang jg tdk lg..ikut mood  jg..huhu

walaupun kerap berbuah malah habis je buah boleh dikatakan pokok ni terus berbunga balik..tp aku sendiri dah jarang merasa buahnya..apatah lg jiran tetanggaku..
sang gagak hitam pulak dah amek alih jd tuan tanah pokok buah mata kucing aku ni..time buah nak masak bukan ckit2 gagak duk menebeng kat pokok tu..malah berkawan2 tak kira pagi petang..aku plk jd kuli dia menyapu buah2 yg gugur dan jg kulit2 yg bertaburan..

pelik kan??.setahu aku gagak ni makan bangkai dan tangkap menatang2 kecik jer jd habuan ..tp sekarang dah pandai plk makan buah..selain gagak tupai jg tikus kadang2 jg kelihatan atas pokok ni..

nak ku tebang sayang plk rasanya memandangkan pokok ni mmg rendang dan agak tinggi jg..selain ada pondok kat bawah dia..hbby aku jg suka parking situ..redup la katakan..

12 comments:

  1. biarkan jerk la kot...
    nanti kot2 berbuah balik :)

    ReplyDelete
  2. cuba kikis kat batang pokok tu... lepas tu bebelkan dia.. hihihihihi .... nape x berbuah.. kalaoo xmoo berbuah nak tebang jer kamuu... mane tau dia dgr awak bebl dia terus berbunga berbuah hihihihihiihi....

    ReplyDelete
  3. best lah kalau da tanam pokok2 sendiri mcm ni!

    ReplyDelete
  4. Teringat mak sy yang suka sgt makan buah mata kucin g ni..:)
    Lame2 nti berbuah balik kot...

    ReplyDelete
  5. Pokok yang cantik mcm tu... sayang laa kalau nak ditebang...

    ReplyDelete
  6. Itulah namanya rezeki untuk dikongsi - walaupun bukan sesama manusia. :)

    ReplyDelete
  7. rezeki depa...sapa cepat dia dapat hehe...kalau bungkus dgn akhbar takleh ke..??

    ReplyDelete
  8. alahai gagak pun suka makan buah.. macam2kan kak.. syg la kak klu nak ditebang.. lebat kemain daunnya..

    ReplyDelete
  9. bestnya ada pokok mcm ni...jeles...
    biar je la..kot2 nnt berbuah lagi..mana tau...

    ReplyDelete
  10. kalau dia berbuah lagi nnt bgtau ye....kita nk mntak cikit :)

    ReplyDelete